top of page

Keistimewaan nombor 72

  • RR
  • Jan 4, 2017
  • 2 min read

Updated: Nov 5, 2020

Post hari ni berkenaan dengan nombor 72 ... Apa yg ada pada nombor 72 ni ? ... Di dalam industri kewangan & perbankan, ia juga dikenali sebagai 'Rule of 72' ... Hebat nombor 72 nie ! .. Selalunya nombor2 yg berkaitan dgn tuah atau kekayaan ialah nombor 8 atau nombor 6, atau 9 .. Ni mcm mana tetiba ada nombor 72 pulak ? ... Mari kita kaji rahsia nombor 72 ni.


Ok macam ni ... 'Rule of 72' selalunya digunakan untuk mengira anggaran jangkamasa (tahun) untuk sesebuah pelaburan menjadi 'double' ... contoh kiraan dia macam ni :-


Soalan:

Jika anda ingin melabur sebanyak RM100 di sebuah bank dengan anggaran 'compounding interest' pada kadar 9% setahun, berapa tahun kah yg ada perlukan untuk RM100 itu menjadi RM200 ?


72 ÷ 9 = 8 tahun (kalau tak percaya boleh pakai kalkulator)


Jadi mcm mana kita nak mengaplikasikan 'Rule of 72' dalam kehidupan seharian ... ada banyak cara kita boleh pakai .. salah satunya, jika kita dah boleh kira anggaran tahun pelaburan menjadi 'double' dengan menggunakan 'Rule of 72' , so pilihlah pelaburan yg bersesuian dengan objektif pelaburan kita nnti ...


Sebagai contoh, kalau kita ada RM10,000 cash and kita nak gandakan ia menjadi RM20,000 dlm jangkamasa 5 tahun, jadi kita carik lah pelaburan yg berpotensi memberikan kadar 'componding interest' pada 14% setahun kerana, dengan kadar 14% setahun kita dapat menggandakan modal RM10,000 tadi menjadi RM50,000 dalam masa 5 tahun je.


72 ÷ 14 = 5.14 tahun

Dibawah ialah jadual untuk anggaran nilai pelaburan (return) dengan modal permulaan RM10,000 cash.


Selain drpd contoh diatas, 'Rule of 72' juga boleh kita gunakan untuk satu lagi kegunaan (ni memang favourite saya) ... 'Rule of 72' mampu mengira anggaran masa 'kekuatan membeli untuk sesebuah matawang' itu itu menjadi separuh (monies buying power) .


Ok, kita rujuk contoh dibawah :-


Soalan:

Jika negara 'Tanah Tumpah nya Darah Ku' mempunyai kadar inflasi purata sebanyak 3%, berapa tahun kah yang diperlukan untuk nilai matawang negara 'Tanah Tumpah nya Darah Ku' menjadi separuh ?


72 ÷ 3 = 24 tahun

Daripada contoh diatas, jika kita dah boleh menganggarkan yg 'kekuatan membeli sesebuah matawang' akan menyusut dalam masa 24 tahun lagi, jadi kita carilah pelaburan yg boleh memberikan kadar 'compounding interest rate' nya melebihi 3% (iaitu ia kena lebih sikit drpd kadar inflasi purata negara tersebut) ... salah satu pilihan pelaburan yg bijak ialah kita boleh melabur dalam skim-skim 'unit trust' yg diluluskan dibawah penyeliaan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SIDC) dan Bank Negara Malaysia (BNM), kerana ia adalah salah satu cara untuk kita boleh menggandakan pelaburan dlm masa yg cepat jika dibandingkan dgn kaedah pelaburan secara konvensional. - Sekian -


Jika anda ingin memulakan pelaburan unit trust (melalui cash atau EPF Akaun 1), bolehlah hubungi saya melalui e-mel dibawah.


E-mel: inunit.wetrust@gmail.com

Comments


  • Facebook Black Round
  • Google+ - Black Circle
  • Twitter - Black Circle

© 2021 by C. Knight Creative Design. 

  • Facebook Black Round
  • Google+ - Black Circle
  • Twitter Black Round
bottom of page